Friday, September 17, 2010

Kaedah Dalam Berhias



Berhias adalah hal yang lumrah dilakukan oleh seorang manusia, entah lelaki atau wanita bahkan

banci. Islam sebagai agama yang sesuai dengan naluri manusia

tentu sahaja tidak menyepelekan masalah berhias.

Sehingga masalah berhias ini tentu sahaja sudah di bahas dalam syariat Islam.


Sehingga berhias ini bisa menjadi amal soleh ataupun amalan salah,

tergantung sikap kita mahu atau tidak mengindahkan kaedah syariat tentang berhias.

Untuk itu semoga bermanfaat, bila penulis tuturkan di sini beberapa

kaedah dan disiplin dalam berhias yang dibolehkan, agar dapat menjadi

barometer setiap kali wanita akan berhias, baik dengan menggunakan hiasan klasik

mahupun modern, di mana para ulama belum menyebutkan pendapat tentang hiasan itu.

Penulis tuturkan dengan memohan pertolongan kepada Allah


Kaedah pertama: Hendaknya cara berhias itu tidak dilarang dalam agama kita

segala bentuk perhiasan yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya, bererti haram,

baik Rasulullah telah menjelaskan bahayanya kepada kita mahupun tidak.


Kaedah kedua: Tidak mengandung penyerupaan diri dengan orang kafir.

Ini kaedah terpenting yang harus di ambil kira dalam berhias.

Batas peyerupaan diri yang diharamkan adanya kecenderungan hati

dalam segala hal yang telah menjadi ciri khas orang kafir,

kerana kagum dengan mereka sehingga hendak meniru mereka,

baik dalam cara berpakaian, penampakan, dan lain-lain.

Kalaupun pelakunya mengaku tidak bermaksud menirukan orang kafir,

namun penyebabnya tetap hanyalah kekerdilan dirinya dan hilangnya jati

diri sebagai muslim yang berasal dari kelemahan dari akidahnya.

Anehnya, seorang muslim terkadang mengamalkan suatu amalan

yang memiliki dasar dalam ajaran syariat kita, tetapi kemudian ia berdosa

dalam melakukannya, kerana ia berniat menirukan orang kafir.

Contohnya, seorang laki-laki yang membiarkan panjang janggutnya.

Membiarkan janggut menjadi panjang pada dasarnya adalah salah satu

dari syiar islam bagi kaum laki-laki.

Tetapi ada sebahagian laki-laki yang membiarkan panjangkan janggutnya

kerana mengikuti model dan meniru mentah-mentah orang barat.

Ia berdosa dengan perbuatannya itu kerana seperti penulis mengenal

seorang pemuda yang baru datang dari barat dengan janggutnya

yang panjang, menurut trend/kecenderungan model orang-orang barat

ketika dia tahu bahawa di negerinya janggut merupakan syiar Islam

dan juga syiar orang shalih dan tahu agama,

segera ia memotong jenggut!!

Contohnya dikalangan wanita,

memanjangkan hujung pakaian.

Perbuatan itu (yakni memanjangkan hujung satu jengkal atau satu hasta)

adalah termasuk sunnah-sunnah bagi kaum wanita yang telah ditinggalkan

orang pada masa sekarang ini. Tetapi ketika orang-orang kafir juga melakukannya

pada beberapa acara rasmi mereka sebahagian kaum muslimin yang sudah ternodai

pikiran mereka menganggap itu sebagai kebiasaan yang bagus, dan mereka pun

mengikutinya, untuk meniru orang-orang kafir tersebut.

Sebaliknya, di selain acara-acara khusus tersebut mereka

kembali kepada kebiasaan orang kafir denganmengenakan

pakaian mini/ketat atau You Can See!!! dalam dua kesempatan itu mereka tetap berdosa.


Kaedah ketiga: Jangan sampai menyerupai kaum lelaki dalam segala sisinya.


Kaedah keempat: Jangan berbentuk permanent sehingga tidak hilang seumur hidup.

Kaedah kelima: Jangan mengandungi pengubahan ciptaan Allah subhanahu wa ta'ala.


Kaedah keenam: Jangan mengandungi bahaya terhadap tubuh.


Kaedah ketujuh: Jangan sampai menghalangi masuknya air ke kulit,

atau rambut terutama yang sedang tidak berhaid


Kaedah kelapan: Jangan mengandungi pemborosan atau membazir wang.


Kaedah kesembilan: Jangan membuang-buang waktu lama dalam erti,

berhias itu menjadi "perhatian utama" seorang wanita.

kesepuluh: Penggunaannya jangan sampai membuat si wanita takabur,

sombong dan membanggakan diri dan tinggi hati dihadapan orang lain.


Kaedah kesebelas: Terutama, dilakukan untuk suami. Boleh juga ditampakkan

dihadapan yang halal melihat perhiasannya sebagaimana difirmankan oleh

Allah dalam Al-Qur'an ayat 31 dari surah An-Nuur.


Kaedah keduabelas: Jangan bertentangan dengan fitrah

Kaedah ketigabelas: Jangan sampai menampakan aurat ketika dikenakan.

Aurat wanita dihadapan sesama wanita adalah dari mulai pusar hingga lutut

namun itu bukan berarti seorang wanita bisa dengan wanita menampakan

perut punggung atau betisnya di hadapan sesama wanita tetapi

maksudnya adalah bila diperlukan, seperti ketika hendak menyusukan anak

atau mengangkat kain baju unutk satu keperluan sehingga sebahagian

betisnya terlihat, dst. Adapun bila ia sengaja melakukannya kerana

mengikuti mode dan meniru wanita-wanita kafir, tidak dibolehkan.

Wallahu'alam. Dan terhadap kaum laki-laki adalah seluruh tubuhnya tanpa terkecuali.


Kaedah keempat belas: Meskipun secara emplisit ,

jangan sampai menampakkan postur wanita bagi laki yang

bukan muhrim menampakan diri wanita dan menjadikannya

berbeza dari wanita lain, sehingga menjadi pusat perhatian.

Itulah yang dinamakan jilbab modis.


Kaedah kelima belas: Jangan sampai meninggalkan kewajibannya,

sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian wanita pada malam

pengantin mereka atau pada berbagai kesempatan lainnya.

Inilah beberapa kaedah penting bagi wanita dalam berhias

sebatas yang nampak bagi penulis dari nash-nash

syari'at dan pernyataan para ulama hendaknya setiap

wanita menghadapkan diri kepada masing-masing kaedah ini ketika berhias.

Satu saja yang hilang, maka bererti ia dilarang berhias dengan cara itu.

Wallahua 'alam...Sama-samalah kita renungi...
Peringatan untuk diriku yang selalu alpa...Ya Allah...

berikanlah kami kekuatan untuk menempuh pancaroba

keimanan ini dengan penuh rasa ketakwaan di dalam hati kami

dan di bawah kasihMu, Ya Allah...ameenn...Wasallam...

No comments:

Post a Comment